HANYA SEKADAR BERKONGSI....
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."

Tuesday, March 15, 2011

Wasiat Lukman al Hakim Buat Anaknya


1." Hai anakku,jadikanlah takwa kepada Allah Ta’ala sebagai perdaganganmu, engkau pun mendapat untung tanpa barang dagangan".

2."Hai anakku,hadirilah jenazah-jenazah dan jangan menghadiri pesta kerana jenazah mengingatkanmu kepada akhirat sedangkan pesta menyebabkanmu menyenangi dunia"

3."Hai anakku,janganlah engkau lebih lemah daripada ayam jantan yang berteriak di waktu pagi hari sedang engkau tidur di atas tempat tidurmu".

4."Hai anakku,janganlah menangguhkan taubat.Kerana maut itu datang secara tiba-tiba".

5."Hai anakku,jangan engkau mencintai orang bodoh,sehingga ia beranggapan engkau menyukai perbuatannya".

6."Hai anakku,jauhilah kejahatan,nescaya kejahatan akan menjauhimu.Kerana kejahatan itu berjangkit"

7."Hai anakku,hendaklah engkau bergaul dengan para ulama dan dengarlah pendapat para hukama (orang-orang bijaksana ).Kerana Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana menghidupkan tanah dengan hujan yang lebat.Jauhkanlah dirimu dari dusta dan akhlak yang buruk. Kerana orang yang berdusta hilanglah air mukanya ( rasa malunya ),dan orang yang buruk akhlaknya banyak kesedihannya.Memindahkan batu besar dari tempatnya lebih mudah daripada memahamkan orang yang tidak mengerti".

8. "Hai anakku,sesungguhnya dunia itu laut yang dalam.Banyak orang hanyut di dalamnya. Jadikanlah takwa kepada Allah sebagai kapalmu di dalamnya,dan peralatannya iman kepada-Nya serta layarnya tawakkal kepada Allah supaya engkau selamat".

9.."Hai anakku,apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang,buatlah dia marah sebelumnya.Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah, teruskanlah. Kalau tidak,jauhilah dia ".

10."Hai anakku,sejak engkau datang ke dunia,engkau meninggalkannya dan menghampiri akhirat.Tempat yang engkau tuju lebih dekat daripada tempat yang engkau tinggalkan ".

11."Hai anakku,biasakanlah lidahmu mengucapkan "Ya Allah,ampunilah aku ",kerana Allah mempunyai saat-saat ketika doa tidak ditolak ".

12."Hai anakku,janganlah engkau berhutang.Kerana berhutang adalah kerendahan di siang hari dan kesusahan di malam hari ".

Dalam riwayat Tirmizi Nabi saw bersabda yang bermaksud :

"Peliharalah hak Allah,nescaya engkau mendapati-Nya dihadapan-Mu.Kenalilah Allah di kala sejahtera, nescaya Allah mengenalmu di kala susah.Dan ketahuilah, yang luput darimu tidak akan menimpamu,dan yang menimpamu tidak akan luput darimu.Ketahuilah,pertolongan itu bersama kesabaran dan kebebasan itu bersama musibah,dan sesungguhnya di samping kesulitan ada kemudahan ".

Wallahu A'lam..

5 syarat nak buat maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.Dia

berkata,

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku
nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama,jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata,

"Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya,masih mampukah memakan rezekinya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di
bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.Ibrahim
kembali berkata kepadanya,

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh
menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah,apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.Dia berkata,

"Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran."Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak

Wallahu A'lam..

Wednesday, March 9, 2011

Tazkirah Ringkas...


Berkata Imam Asyma'i:

"Seawal-awal ilmu adalah senyap,keduanya mendengar dengan teliti, ketiga menghafal,keempat beramal dengannya dan kelima menyampaikan ilmu tersebut."

SENYUM adalah bahasa dunia.Ia menunjukkan keceriaan.


SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.Setiap kali berhubung dengan orang lain,sewajarnyalah kita SENYUM.

SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.
SENYUM yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.

SENYUM adalah jambatan persahabatan.

SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.

Di Moscow,Rusia,ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM.

SENYUM harus ada ketululusan.

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan,sama saja dengan kening yang berkerut.

Adalah diperakui,setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka.

Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Bayangkanlah !!!

SENYUM juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.

Kebanyakan SENYUM adalah jangkitan.

Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.

Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya,sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita.Lantas .... kenapa kita tidak muliakan ? Muliakan dengan diri kita.

SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini.InsyaAllah dia akan membalas SENYUMan anda itu.

Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........

William Shakespere mengatakan :

"Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"

Semasa bekerja,semasa belajar,SENYUMlah.Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.

Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah.Bukankah ketawa yang sopan itu sihat.

Pujangga menyebut :

"SENYUMan itu kelopak.Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya"

Wallahu A'lam..

Couple


7 perkara yang “bermanfaat” daripada ber'couple':

1) Seronok (dapat dosa)

2) Seronok (dapat geng dengan syaitan)

3) Dapat meluahkan masalah..(Allah kan ada)

4) Banyak habis duit (lebih baik guna untuk sedekah),tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung..

5) Banyak risau (takut awek kita orang lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)

6) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan awek.. kita sebagai muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yang boleh datang bila-bila masa..)

7) Menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati..solat fardhu lewat tak takut pulak... )

Tuesday, March 8, 2011

Syaitan pun takut....

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya,akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,maka syaitan pun sambil tersenyum bergurau,

"Orang ini memang pantas menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,syaitan tersenyum lebar sambil mengatakan,

" Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya,syaitan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib,temannya itu ternyata tidak solat juga,maka syaitan nampak mulai gelisah,senyumnya sudah berubah menjadi kecut.Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isyak,maka syaitan itu sangat panik.Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi,dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,

"Wahai sahabat,aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya,

"Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".

"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gementar.

"Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya,iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam,telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya.Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil berlalu pergi.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Al-Ahzab:71)

Wallahu A'lam..

Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang batil.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu. Ya Allah,jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu,telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,telah berpadu dalam membela syariat-Mu.Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.Kekalkanlah cintanya.Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.... ameen Ya Robbal A'lamin...

Wallahu A'lam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...