HANYA SEKADAR BERKONGSI....
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."

Wednesday, March 9, 2011

Couple


7 perkara yang “bermanfaat” daripada ber'couple':

1) Seronok (dapat dosa)

2) Seronok (dapat geng dengan syaitan)

3) Dapat meluahkan masalah..(Allah kan ada)

4) Banyak habis duit (lebih baik guna untuk sedekah),tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung..

5) Banyak risau (takut awek kita orang lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)

6) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan awek.. kita sebagai muslim patutnya banyak mengingatkan MATI yang boleh datang bila-bila masa..)

7) Menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati..solat fardhu lewat tak takut pulak... )

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...