HANYA SEKADAR BERKONGSI....
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."

Monday, March 28, 2011

AUDIT SOLAT


Iman memerlukan pembuktian.Solat fardu merupakan satu di antara pembuktian iman yang terpenting.Yang mengabaikannya,telah meruntuhkan agamanya.

Seorang lelaki telah mendatangi Rasul saw dan bertanya:

'Ya Rasulallah,apakah amal yang paling disukai Allah?'

Jawab Nabi saw:

'Sembahyang tepat pada waktunya.Barangsiapa yang meninggalkan solat, tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama."(BaihaQi)

Pemeliharaan Allah amat penting di dalam hidup seseorang. Meninggalkan sembahyang fardu bermakna telah memutuskan diri dari pemeliharaan itu.

Sabda Nabi saw yang bermaksud;

"Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja,dia telah terputus dari pemeliharaan Allah." (Ibn Majah & BaihaQi)

Firaun dan Qarun merupakan manusia yang terkutuk.Jika sembahyang diabaikan, dikhuatiri, seseorang akan bersama-sama dengan manusia yang terkutuk itu.

Sabda Nabi saw yang bermaksud;

"Barangsiapa memelihara solat (yang fardu),maka baginya cahaya,bukti dan kemenangan di hari kiamat.Barangsiapa yang tidak memeliharanya, tidak ada baginya cahaya,bukti dan kemenangan di hari kiamat.Malah pada hari kiamat,dia akan bersama-sama dengan Firaun,Qarun,Haman dan Ubai bin Khalaf." (Ahmad,Ibn Hibban & Thabrani)

Melewat-lewatkan solat sehingga masuk ke dalam waktu yang lain (Qadha) juga adalah suatu yang dicela oleh agama.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud;

"Kemudian akan datang selepas mereka satu golongan yang akan melalaikan

sembahyang dan mengikut syahwat,dan mereka akan bertemu dengan kesesatan."

(Maryam: 59)

Berhubung dengan ayat ini Abdullah ibn 'Abbas telah berkata:

"Golongan ini bukannya tidak bersembahyang sama sekali,tetapi melambatkan sembahyang sehingga keluar dari waktunya." (Al-Kabair - Imam Az-Zahabi)

Imam Said ibn Musayyib pula telah berkata:

"Mereka tidak bersembahyang zohor sehingga datang waktu asar,tidak bersembahyang asar sehingga maghrib dan begitulah seterusnya.Mereka yang berterusan seperti ini tanpa bertaubat,akan dimasukkan ke dalam sebuah lembah khas di neraka."

Meninggalkan sembahyang akan membawa kepada kekufuran.Sabda Nabi saw yang bermaksud;

"Batas di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan sembahyang."(Hadis Muslim)

Dan juga Sabda Rasulullah dalam hadisnya yang lain bermaksud;

"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang,telah kafir ia." (Hadis Ahmad)

Meninggalkan sembahyang kerana malas,akan menyebabkan kekufuran,tetapi tidak sampai terkeluar daripada Islam.Sebaliknya, meninggalkan sembahyang kerana ingkar atau mempersendakan perintah Allah,akan menyebabkan seseorang itu terkeluar dari agama (murtad).Itulah pendapat jumhur (majoriti) ulama.(FiQhul Awlawiyat - Dr. Yusuf Qardawi)

Moga-moga puasa kali ini menimbulkan kesedaran ke arah peningkatan amal yang lebih baik.

Sunday, March 27, 2011

Mengapa Perlu membaca Al-Quran, walaupun tidak memahaminya..?

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?. Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.

Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi. Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’ Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam. ‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran.

Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

*i took this note from a friend

*diambil drpd sahabat post kat fb...


Sesungguhnya mmg kita ketahui...

Firman Allah yang bermaksud:

Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata. (Yunus 10:61)

Hadis tentang kelebihan membaca Al-Quran:-

Dari ‘Aisyah r.ha : Rasulullah saw bersabda, “Orang (mukmin) yang mahir membaca Al-Quran maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca Al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membacanya (kurang mahir), maka dia mendapat pahala ganda.” (Sahih Muslim)


Wednesday, March 23, 2011

Pantun Rekaan Saya Sendiri..


Hidup didunia bukan tempat berbangga
Doa dipanjatkn ampun diminta
Demi mendapat tempat di syurga
Pada yg Maha Esa kita meminta

Jika Syurga destinasi idaman
Maksiat dan dosa hendaklah dijauhi
Quran & sunnah sebagai pedoman
Bagi mendapat keredhaan ilahi

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama disisi Tuhan
Taqwa & iman sebagai sandaran
Untuk berbahagia disisi Tuhan

Iman dan amal perisai diri
Untuk berbahagia diakhirat nanti
Bersyukurlah dengan apa yang diberi
Selamat didunia dan diakhirat sudah pasti

Harap2 ok r..bukannya pandai sgt berpantun... :)

Mudahnya Menjadi MUSLIM...Namun

  • Anda perlukan cuma lima minit untuk solah Subuh
    sedangkan anda boleh meluang masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar

  • Anda hanya perlukan dua saat untuk memberi salam kepada ibubapa, isteri atau anak²
    sedangkan anda memerlukan tiga minit untuk memakai kasut

  • Anda hanya perlu lima minit untuk memakai tudung atau jilbab
    sedangkan anda boleh membuang masa sehingga dua puluh minit untuk mendandan rambut

  • Anda hanya perlu lima belas minit untuk menunaikan solah Zohor
    sedangkan untuk makan tengahari lebih dari itu.

  • Anda hanya perlukan lima belas minit untuk Asar
    sedangkan anda boleh luangkan sehingga sejam atau lebih bergayut pada ttalifon atau di depan komputer

  • Anda hanya perlu lima belas minit membaca Al-Quran,
    tidak selama menonton filem hindustan, sehingga 3 jam

  • Solah Maghrib hanya tujuh minit
    tetapi berita tv 1 jam

  • Hanya dua saat untuk meminta maaf, mengucapkan salam dan kasih kepada ibubapa atau isteri atau sahabat
    sedangkan kadang kala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga berhari-hari

  • Anda memerlukan lima minit untuk menatap sepotong hadis Rasulullah
    walhal anda sanggup menatap majalah selama enam puluh minit

  • Anda hanya perlu dua puluh minit untuk solah Isyak
    sedangkan anda memerlukan empat puluh minit untuk bersiap tidur
    atau sanggup menonton tayangan lewat malam sampai "The End"
    sedangkan anda hanya perlukan dua saat untuk mengucapkan kalimah syukur kepada Ilahi


Cantiknya Lelaki, Gagahnya Wanita

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murninya rohani.

Lelaki yang cantik,
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan......

Monday, March 21, 2011

Kisah lucu

RUMAH BARU

Sebuah keluarga akhirnya dapat pindah ke rumah yang
lebih besar. Beberapa hari kemudian salah seorang anaknya bertemu dengan kawannya dari kampung lamanya."Bagaimana rumah baru engkau? Best Tak?" tanya rakannya. "Ya, mestila... kami ada bilik masing-masing... cuma kasihan mama... dia tetap berkongsi bilik dengan papa." jawab si anak....


sin chan


Guru : Kenapa awak lambat?

Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.

Guru: Papan tanda mana ?

Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

Belajar bersungguh2

Seorang mahasiswi seksi yang bimbang gagal dalam exam datang ke pejabat pensyarahnya yang masih muda.

Dia melirik ke sekililingnya, kemudian menutup pintu pejabat, dan terus berlutut di hadapan pensyarahnya sambil memohon.

"Tuan, Saya bersedia melakukan apa sahaja asalkan saya lulus ujian....", ujarnya sambil melirik genit.

Lalu si mahasiswi mendekati pensyarahnya sambil menatap matanya dengan penuh perasaaan.

Lalu dia terus memujuk "Kalau tuan masih belum memahami maksud saya, saya bersedia melakukan apa sahaja.... apa saja yang tuan mahukan..." bisiknya di telinga pensyarahnya.

PEnsyarah muda tadi membalas renungannya, lalu bertanya minta kepastian "Apa sahaja?"

"Ya, apa sahaja....!", jawab sang mahasiswi secepatnya.

Pensyarah terus bertanya sekali lagi minta kepastian, "Apa sahaja?"

"Ya, apa sahaja...."

Akhirnya pensyarah berbisik, "sanggupkah kamu......... belajar bersungguh2?"

Sale-Sale

Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.

Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi...

"woi..tak nampak ke orang !! jerkahnya..

"Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...

Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata...

"Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!"

Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...