HANYA SEKADAR BERKONGSI....
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."

Wednesday, March 23, 2011

Pantun Rekaan Saya Sendiri..


Hidup didunia bukan tempat berbangga
Doa dipanjatkn ampun diminta
Demi mendapat tempat di syurga
Pada yg Maha Esa kita meminta

Jika Syurga destinasi idaman
Maksiat dan dosa hendaklah dijauhi
Quran & sunnah sebagai pedoman
Bagi mendapat keredhaan ilahi

Paras rupa bukannya ukuran
Nilainya sama disisi Tuhan
Taqwa & iman sebagai sandaran
Untuk berbahagia disisi Tuhan

Iman dan amal perisai diri
Untuk berbahagia diakhirat nanti
Bersyukurlah dengan apa yang diberi
Selamat didunia dan diakhirat sudah pasti

Harap2 ok r..bukannya pandai sgt berpantun... :)

Mudahnya Menjadi MUSLIM...Namun

  • Anda perlukan cuma lima minit untuk solah Subuh
    sedangkan anda boleh meluang masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar

  • Anda hanya perlukan dua saat untuk memberi salam kepada ibubapa, isteri atau anak²
    sedangkan anda memerlukan tiga minit untuk memakai kasut

  • Anda hanya perlu lima minit untuk memakai tudung atau jilbab
    sedangkan anda boleh membuang masa sehingga dua puluh minit untuk mendandan rambut

  • Anda hanya perlu lima belas minit untuk menunaikan solah Zohor
    sedangkan untuk makan tengahari lebih dari itu.

  • Anda hanya perlukan lima belas minit untuk Asar
    sedangkan anda boleh luangkan sehingga sejam atau lebih bergayut pada ttalifon atau di depan komputer

  • Anda hanya perlu lima belas minit membaca Al-Quran,
    tidak selama menonton filem hindustan, sehingga 3 jam

  • Solah Maghrib hanya tujuh minit
    tetapi berita tv 1 jam

  • Hanya dua saat untuk meminta maaf, mengucapkan salam dan kasih kepada ibubapa atau isteri atau sahabat
    sedangkan kadang kala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga berhari-hari

  • Anda memerlukan lima minit untuk menatap sepotong hadis Rasulullah
    walhal anda sanggup menatap majalah selama enam puluh minit

  • Anda hanya perlu dua puluh minit untuk solah Isyak
    sedangkan anda memerlukan empat puluh minit untuk bersiap tidur
    atau sanggup menonton tayangan lewat malam sampai "The End"
    sedangkan anda hanya perlukan dua saat untuk mengucapkan kalimah syukur kepada Ilahi


Cantiknya Lelaki, Gagahnya Wanita

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murninya rohani.

Lelaki yang cantik,
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah,
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan......

Monday, March 21, 2011

Kisah lucu

RUMAH BARU

Sebuah keluarga akhirnya dapat pindah ke rumah yang
lebih besar. Beberapa hari kemudian salah seorang anaknya bertemu dengan kawannya dari kampung lamanya."Bagaimana rumah baru engkau? Best Tak?" tanya rakannya. "Ya, mestila... kami ada bilik masing-masing... cuma kasihan mama... dia tetap berkongsi bilik dengan papa." jawab si anak....


sin chan


Guru : Kenapa awak lambat?

Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.

Guru: Papan tanda mana ?

Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

Belajar bersungguh2

Seorang mahasiswi seksi yang bimbang gagal dalam exam datang ke pejabat pensyarahnya yang masih muda.

Dia melirik ke sekililingnya, kemudian menutup pintu pejabat, dan terus berlutut di hadapan pensyarahnya sambil memohon.

"Tuan, Saya bersedia melakukan apa sahaja asalkan saya lulus ujian....", ujarnya sambil melirik genit.

Lalu si mahasiswi mendekati pensyarahnya sambil menatap matanya dengan penuh perasaaan.

Lalu dia terus memujuk "Kalau tuan masih belum memahami maksud saya, saya bersedia melakukan apa sahaja.... apa saja yang tuan mahukan..." bisiknya di telinga pensyarahnya.

PEnsyarah muda tadi membalas renungannya, lalu bertanya minta kepastian "Apa sahaja?"

"Ya, apa sahaja....!", jawab sang mahasiswi secepatnya.

Pensyarah terus bertanya sekali lagi minta kepastian, "Apa sahaja?"

"Ya, apa sahaja...."

Akhirnya pensyarah berbisik, "sanggupkah kamu......... belajar bersungguh2?"

Sale-Sale

Satu hari... sebuah gedung mengadakan jualan murah.. berpusu-pusu orang ramai ingin memasuki gedung tersebut... sehingga ada yang beratur seawal2nya... walaupun gedung tersebut dibuka pada waktu 8.30pg.

Seorang lelaki dengan selambanya berjalan menuju ke depan... malangnya sebelum sempat sampai... tiba-tiba seorang lelaki didepannya menolaknya kebelakang sambil memarahi...

"woi..tak nampak ke orang !! jerkahnya..

"Sedap..Sedap jer nak potong line orang.. "...

Lelaki tersebut bangun semula..dan cuba menuju kedepan semula.. malangnya dia ditumbuk sehingga terjatuh... setelah beberapa kali mencuba utk kebarisan depan... tapi tak berjaya... akhirnya dengan nada marah.. dia berkata...

"Ahhhhh kalau kali nie aku tak dapat gak kedepan sana... jangan harap aku nak bukakan kedai tu..!!"

Laaaaaaaaaa... Tokey kedai rupanyer... hehehe

Kisah Rahsia di Sebalik Sembahyang Lima Waktu

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar,maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad,kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s.yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muQarrab.'

Lalu Rasullullah saw bersabda,'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi,'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah saw,

'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari,maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari.Ini kerana apabila matahari terbit,terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata,'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah saw bersabda,

'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur,pada saat itu nyalanya neraka Jahanam.Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah Saw lagi,

'Manakala sembahyang Asar,adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan.' (al-BaQarah ayat 238)

Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam as diterima.Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.

Sabda Rasullullah saw,

'Sembahyang Isyak (atamah).Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya,

'Sembahyang Subuh pula,seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah,diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan daripada api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaQ.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata,

'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw).Kini katakana pula kepada kami semua,kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw,

'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang,lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari.Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,

'Wahai Muhammad,memang benarlah apa yang kamu katakan itu.Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.

Sabda Rasullullah saw,

'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang

tumbuh daripada makanan yang haram).

2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.

5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.

7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.'


Kata orang Yahudi,

'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw,

'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi,

'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad.Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla ilaaha illallah,wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).'

Petikan Ayat Quran bagi peringatan untuk kita semua:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."(Surah Al-BaQarah: ayat 155)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."(Surah Al-BaQarah: ayat 286)

Wallahu A'lam...

Sunday, March 20, 2011

Solat Istikharah

1. Solat Istikharah bermaksud solat untuk memohon kepada Allah agar ditunjukkan keputusan yang terbaik dalam urusan kita yang menimbulkan keraguan dan kesangsian. Solat ini disunatkan –sekalipun bagi urusan-urusan kecil atau remeh- berdasarkan hadis Jabir bin ‘Abdullah r.a. yang menceritakan;

“Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam segala urusan kami seperti beliau mengajar surah al-Quran. Baginda bersabda; ‘Apabila seseorang kamu hendak mengerjakan sesuatu, hendaklah ia bersolat dua rakaat yang bukan solat fardhu. Setelah selesai solat, hendaklah ia membaca doa;

اللَّهُمَّ إنِّي أسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وأسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأسألُكَ مِنْ فَضْلِكَ العَظِيمِ، فإنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلا أعْلَمُ، وأنْتَ عَلاَّمُ الغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أنَّ هَذَا الأمْرَ خَيْرٌ لي فِي دِيني وَمَعاشِي وَعاقِبَةِ أمْرِي، وَعَاجلِ أمْرِي وآجِلِهِ، فاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لي، ثُم بارِكْ لي فِيهِ، وَإنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أنَّ هَذَا الأمْرَ شَرٌّ لي في دِينِي وَمعاشِي وَعاقِبَةِ أمْرِي، وَعاجِلِ أمْرِي وآجِلِهِ، فاصْرِفْهُ عَنِّي، وَاقْدُرْ لِيَ الخَيْرَ حَيْثُ كانَ ثُمَّ رَضِّنِي بِهِ

“Ya Allah! Aku memohon petunjuk dariMu tentang mana yang lebih baik untukku berdasarkan ilmuMu, dan aku memohon kekuatan dariMu untukku dengan kudratMu serta aku memohon kepadaMu kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau maha tahu sedang aku tidak mengetahui. Engkaulah Tuhan yang maha mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah! Jika Engkau mengetahui urusan ini baik untukku bagi agamaku, kehidupanku, bagi natijah urusanku serta bagi urusanku masa kini dan masa depan, maka takdirkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah aku dalam melakukannya. Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk untukku bagi agamaku, kehidupanku, bagi natijah urusanku serta bagi urusanku masa kini dan masa depan, maka palingkanlah ia dariku dan takdirkanlah untukku apa yang baik bagiku dalam apa rupa sekalipun, kemudian jadikanlah hatiku redha menerimanya”. Hendaklah ia menyebutkan hajatnya (semasa berdoa itu) (Riwayat Imam al-Bukhari).

atau;

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”


2. Sunat Istikharah hanyalah bagi urusan-urusan yang harus sahaja seperti perkahwinan, perniagaan, untuk keluar bermusafir dan sebagainya. Adapun urusan-urusan yang diwajibkan atau disunatkan Syarak, tidak perlu lagi istikharah kerana ia disuruh oleh Syarak. Setiap yang disuruh oleh syarak adalah jelas baik tanpa syak lagi. Begitu juga dengan urusan-urusan yang diharamkan oleh Syarak atau dimakruhkan, tidak perlu lagi diistikharahkan kerana ia dilarang oleh Syarak dan setiap yang dilarang oleh Syarak adalah buruk tanpa syak lagi.

3. Solat istikharah boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki asalkan bukan di dalam waktu-waktu yang dilarang solat sunat.

4. Menurut Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkar; disunatkan membaca dalam rakaat pertama –selepas al-Fatihah- surah al-Kafirun dan dalam rakaat kedua surah al-Ikhlas. Jika seseorang tidak dapat mengerjakan solat, bolehlah ia beristikharah dengan membaca doa sahaja. Semasa berdoa, sunat dimulakan dengan memuji Allah dan mengucapkan selawat serta salam kepada Nabi Muhammad dan begitu juga apabila selesai berdoa.

5. Adapun tanda-tanda atau petunjuk Allah selepas istikharah ialah apa yang dirasai oleh hati. Selepas menunaikan solat dan berdoa kepada Allah sebagaimana tadi, hendaklah orang yang beristikharah itu melakukan apa yang hatinya berasa tenang dan yakin untuk melakukannya. Jika perlu diulangi, ulangilah istikharah itu. Ada ulamak menggalakkan Istikharah diulangi hingga tujuh kali berdasarkan hadis riwayat Imam Ibnu Sunni dari Anas r.a.; Rasulullah s.a.w. bersabda; “Jika kamu ingin melakukan suatu urusan, beristikharahlah kepada Tuhanmu tujuh kali. Kemudian lihatlah apa yang mula sampai kepada hati kamu. Sesungguhnya kebaikan ada padanya”. Namun hadis ini menurut ulamak hadis adalah lemah.

6. Satu perkara yang perlu diingat; ketika melakukan istikharah, hati hendaklah pasrah kepada Allah. Jangan melakukan istikharah dalam keadaan hati cenderung pada mana-mana keputusan kerana itu tanda kita tidak ikhlas dalam beristikharah kepada Allah. Berkata Imam Nawawi; “Sesudah istikharah hendaklah seseorang itu memilih apa yang hatinya berasa tenang/lapang untuk melakukannya. Janganlah ia berpegang dengan ketenangan hatinya yang terbit dari kehendak hawa nafsunya sebelum istikharah. Bahkan orang yang melakukan istikharah hendaklah ia meninggalkan pilihan sendiri, kerana kalau demikian bukanlah beristikharah kepada Allah namanya, tetapi beristikharah kepada nafsu sendiri. Kadang-kadang orang yang beristikharah itu tidak jujur/tidak ikhlas dalam istikharahnya dan dia tidak pasrah kepada ilmu dan qudrat Allah. Jika ia benar-benar jujur/ikhlas dalam istikharahnya, sudah tentu ia akan membebaskan hatinya dari upaya dan kekuatannya serta dari pilihannya sendiri (sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada Allah)”. (Rujuk; Nailul-Autar, jil. 3, hlm. 74).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. al-Azkar, Imam Nawawi, Kitab al-Azkar Wa ad-Da’awat…, Bab al-Istikharah.
2. at-Tajul Jami’, Syeikh Mnasur ‘Ali Nasif, jil. 1, hlm. 333.
3. Nailul-Autar, Imam as-Syaukani, jil. 3, hlm. 74.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...