"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."
Sunday, March 20, 2011
Renungan Buat Kita.
Saturday, March 19, 2011
WANITA TERBAIK DIIBARAT POHON SEMALU
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh..Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)..
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya..Oleh iut, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim..
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan memcengkam bumi..Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat denagn Allah Rabbul Alamin..
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang..oleh itu para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila semakkin senja..
Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya tumbuhan yang kecil..Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan yang semanis-manisnya??Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu..
Friday, March 18, 2011
Kasih Seorang Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan
malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan diapron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu :- Tolong potong rumput RM 5.00 Tolong pergi kedai RM 1.00 Tolong jaga adik RM 2.00 Tolong buang sampah RM 1.00 Tolong kemas bilik RM 2.00 Tolong siram bunga RM 2.00 Tolong sapu sampah RM 2.00 JUMLAH RM 15.00 Selesai membaca,si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berligar-ligar dimindanya. Si ibu mencapai sebatang pen,dan menulis sesuatu di
belakang kertas yang sama. Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - Percuma Kos berjaga malam kerana menjagamu - Percuma Kos air mata yang menitis keranamu - Percuma Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - Percuma Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu - Percuma JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma 
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si
ibu.Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'TELAH DIBAYAR' pada
mukasurat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,'Wahai Rasulullah,siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?
" Rasulullah menjawab, "Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali),kemudian ayahmu,
kemudian saudara-saudara terdekatmu."
Wallahu A'lam..
Wednesday, March 16, 2011
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam,kerana beliau tidur
disisi kita bukan dengan orang lain.
2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,
kerana itu bermakna dia berada di rumah,bukan dijalanan berpeleseran.
3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar,kerana itu bermakna kita masih
mempunyai pekerjaan.
4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat,kerana itu bermakna kita cukup makan.
5. Untuk lantai yang perlu dimop,tingkap yang perlu dilap,dan rumah yang perlu
dikemas,kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. Untuk bunyi bising jiran-jiran,kerana itu bermakna kita masih lagi boleh
mendengar.
7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna
kita ada pakaian untuk dipakai.
8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,kerana itu bermakna
kita masih berupaya untuk kerja kuat.
9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif,kerana itu bermakna kita
masih berupaya untuk berjalan.
10.Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi,kerana itu bermakna kita
masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
Wallahu A'lam...
Tuesday, March 15, 2011
Wasiat Lukman al Hakim Buat Anaknya

1." Hai anakku,jadikanlah takwa kepada Allah Ta’ala sebagai perdaganganmu, engkau pun mendapat untung tanpa barang dagangan".
2."Hai anakku,hadirilah jenazah-jenazah dan jangan menghadiri pesta kerana jenazah mengingatkanmu kepada akhirat sedangkan pesta menyebabkanmu menyenangi dunia"
3."Hai anakku,janganlah engkau lebih lemah daripada ayam jantan yang berteriak di waktu pagi hari sedang engkau tidur di atas tempat tidurmu".
4."Hai anakku,janganlah menangguhkan taubat.Kerana maut itu datang secara tiba-tiba".
5."Hai anakku,jangan engkau mencintai orang bodoh,sehingga ia beranggapan engkau menyukai perbuatannya".
6."Hai anakku,jauhilah kejahatan,nescaya kejahatan akan menjauhimu.Kerana kejahatan itu berjangkit"
7."Hai anakku,hendaklah engkau bergaul dengan para ulama dan dengarlah pendapat para hukama (orang-orang bijaksana ).Kerana Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah, sebagaimana menghidupkan tanah dengan hujan yang lebat.Jauhkanlah dirimu dari dusta dan akhlak yang buruk. Kerana orang yang berdusta hilanglah air mukanya ( rasa malunya ),dan orang yang buruk akhlaknya banyak kesedihannya.Memindahkan batu besar dari tempatnya lebih mudah daripada memahamkan orang yang tidak mengerti".
8. "Hai anakku,sesungguhnya dunia itu laut yang dalam.Banyak orang hanyut di dalamnya. Jadikanlah takwa kepada Allah sebagai kapalmu di dalamnya,dan peralatannya iman kepada-Nya serta layarnya tawakkal kepada Allah supaya engkau selamat".
9.."Hai anakku,apabila engkau ingin bersaudara dengan seseorang,buatlah dia marah sebelumnya.Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah, teruskanlah. Kalau tidak,jauhilah dia ".
10."Hai anakku,sejak engkau datang ke dunia,engkau meninggalkannya dan menghampiri akhirat.Tempat yang engkau tuju lebih dekat daripada tempat yang engkau tinggalkan ".
11."Hai anakku,biasakanlah lidahmu mengucapkan "Ya Allah,ampunilah aku ",kerana Allah mempunyai saat-saat ketika doa tidak ditolak ".
12."Hai anakku,janganlah engkau berhutang.Kerana berhutang adalah kerendahan di siang hari dan kesusahan di malam hari ".
Dalam riwayat Tirmizi Nabi saw bersabda yang bermaksud :
"Peliharalah hak Allah,nescaya engkau mendapati-Nya dihadapan-Mu.Kenalilah Allah di kala sejahtera, nescaya Allah mengenalmu di kala susah.Dan ketahuilah, yang luput darimu tidak akan menimpamu,dan yang menimpamu tidak akan luput darimu.Ketahuilah,pertolongan itu bersama kesabaran dan kebebasan itu bersama musibah,dan sesungguhnya di samping kesulitan ada kemudahan ".
Wallahu A'lam..
5 syarat nak buat maksiat
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.Dia
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata,
"Syarat pertama,jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezekinya."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata,
"Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya,masih mampukah memakan rezekinya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab,
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,
"Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan,
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'."
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,
"Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Baiklah,apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.Dia berkata,
"Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran."Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak
Wallahu A'lam..