HANYA SEKADAR BERKONGSI....
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."

Monday, March 7, 2011

Siapakah?


Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul 'Alamin,Tuhan sekelian alam.Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an,Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil erkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu kebaikan.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Wallahu A'lam...

Dugaan dan Musibah Dalam Hidup adalah Ujian dari Allah S.W.T...


Coretan Untuk Semua...

Apabila dibincangkan tentang dugaan dan musibah, semestinya ianya memerlukan kekuatan iman dan mental yang kuat untuk mengatasinya. Sesungguhnya kita tidak lari dari dugaan dan musibah menimpa kita seharian. Seringkali, apabila dugaan atau musibah menimpa kita semua, kita sentiasa mengeluh dan tidak menganggap ianya sebagai ujian2 yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa. Ianya didatangkan adalah untuk membuatkan kita lebih mendekatkan diri pada Allah S.W.T dan ianya membolehkan kita lebih sabar,tabah dan bersedia menghadapi dugaan atau musibah yang mendatang.



Firman Allah S.W.T:


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Al Ankabuut (29:2)

Seringkali kita tertanya-tanya malah mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian sebegitu berat sekali sehingga ianya membuatkan kita terlupa kepada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Al-Baqarah (2:286)

Ini membuktikan bahawa, Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah S.W.T Maha Mengetahui setakat mana kemampuan setiap dugaan dan musibah yang diberikan keatas diri kita. Dengan ini, menunjukkan bahawa betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.



Setiap dugaan dan musibah yang menimpa keatas kita, syaitan sentiasa mencari jalan untuk menghasut kita kearah kesesatan. Seringkali apabila kita ditimpa kesusahan dan dugaan, kebanyakan kita mencari keseronokan dunia yakni berhibur untuk menghilangkan kekusutan yang ada. Sedangkan semua itu adalah lebih menjarakkan lagi diri kita kepada Yang Maha Kuasa?. Tidak kah sepatutnya kita berdoa supaya kita diberikan kekuatan untuk menempuhi setiap ujian yang diberikan dengan sabar dan tenang?



Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamusabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. Al-Imraan (3:120)

Bukankan kita seharusnya berdoa kepada Yang Berkuasa? Hanya Allah saja dapat membantu kita. Berdoalah kepadaNya. Allah tidak pernah jemu mendengar segala rayuan, permintaan serta rintihan hambaNya. Sesungguh Allah itu Maha Mendengar dan tempat memohon pertolongan.


Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.Al-fatihah (1:5)

Apabila kita ditimpa kesusahan atau musibah, dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam. Berdoalah kepadaNya supaya diberi kekuatan untuk menghadapinya dan menemui jalan penyelesaian. Akan tetapi, kita perlu ingat, setiap doa perlu diiringi dengan usaha. Doa tanpa usaha ibarat roh tanpa badan. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangkit untuk menghadapinya. Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Tidak salah sekiranya kita berkongsi permasalahan dengan teman2 rapat, yang boleh membantu, memberi kita semangat serta pendapat kearah penyelesaian.

Firman Allah S.W.T:-
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,(Alam nasyrah 94:5-6)

Demikianlah ayat2 yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kita, malah ianya diulang sampai dua kali. Oleh itu, kita seharusnya yakin, bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Dan setiap kali kita ditimpa kesusahan/kesulitan, seharusnya kita menyebut “Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un” bermaksud “Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali”.

Firman Allah S.W.T:-(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al-Baqarah 2:156)

Daripada maksud ayat ini, Allah menegaskan bahawa apabila ditimpa kesusahan (musibah), hendaklah kita menyebut Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un. Dengan itu, kita seharusnya mengharungi kesulitan tersebut dengan jalan yang benar/betul bersama Allah, bukanya mengeluh. Sekiranya kita bersama dgnNya, Allah S.W.T telah menjanjikan kemudahan selepas kesulitan. SESUNGGUHNYA ITU SUDAH PASTI…
Wallahu a'lam...

Saturday, March 5, 2011

Cerita-cerita Lucu

Lawak Pinjam Duit.

Melihat kawannya, Jojo sejak tadi asyik termenung, Din pun mendekatinya.

Din: Apa hal ni, macam ada masalah aja.

Jojo: Aku tengah bengang dengan si Raman tu.

Din: (dengan terkejut bertanya) Raman? Kenapa pulak?

Jojo: Tak taulah aku apa yang dibuat dengan duit dia tu. Semalam tak ada duit, hari ni pun tak ada duit,

Din: Laa..dia nak pinjam duit dengan engkau ke?

Jojo: Tak, aku yang nak pinjam..(katanya sambil tersengih-sengih).


Lawak Budak Sekolah.

Semasa kelas Geografi, Cikgu Johari menyoal muridnya, Ismaon.

Cikgu Johari: Ismaon, beritau saya dimanakah letaknya Gunung Everest?

Ismaon: Tak tau, cikgu (jawabnya tanpa teragak-agak).

Cikgu Johari: (dengan suara keras dan PAPP! ketuk rotan ke meja, berkata) Hah, tak tau?! Berdiri atas kerusi !!

Ismaon pun berdiri atas kerusi, kemudian perhai sekeliling. Tiba-tiba dia berkata "Masih tak nampaklah cikgu!"
Dua saat kemudian terdengarlah bunyi PAP! PAP! PAP! dan Ismaon pun meraung kesakitan!.


Cara Baling Bom.

Suatu hari seorang lelaki terjumpa sebutir bom dalam sebuah kotak. Diambilnya bom tersebut dan membaca arahan yang ditulis pada sekeping...

1. Pastikan anda pegang bom ini dengan menggunakan sebelah tangan.
"Ya, aku pegang dengan tangan kiri," kata lelaki tersebut.

2. Genggam pin di celah jari telunjuk dan hantu menggunakan tangan yang sebelah lagi.
"Okey," kata lelaki tersebut.

3. Tarik pin dengan berhati-hati.
"Sudah," kata lelaki tersebut lalu menarik pin.

4. Buang pin itu melepasi bahu kiri anda.
Okey.

5. Bengkokkan lengan dan dapatkan posisi yang sesuai untuk membaling bom ini.
Okey.

6. Amaran: Lakukan semua ini dalam masa lima sa...

BBOOMMMMM!!!!


Bos dgn Kuli

Ketua mekanik: Awak dipecat.
Mekanik: Tapi encik, saya tak buat apa-apa, kenapa saya dipecat?
Ketua Mekanik: Saya tahu..sebab itulah awak dipecat.


Kolam Renang

Ganesan ditegur oleh pengawal keselamatan di kolam renang awam.
"Hey, awak tidak boleh kencing dalam kolam."
"Tapi semua orang kencing dalam kolam,"balas Ganesan.
"Mungkin, tapi bukan dari papan anjal tu,"balas pengawal keselamatan.


Kisah Pak Pandir Dan Pak Kaduk

Di pertengahan jalan ketika pulang dari kebunnya, Pak Pandir terserempak dengan Pak Kaduk yang sedang mundar-mandir sambil menjinjing guni.

Pak Pandir: Apa yang engkau bawa dalam guni tu, Kaduk?

Pak Kaduk: Ayam. Cuba engkau teka, berapa jumlahnya? Kalau betul..kesemua tiga ikor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan pada ingkau!

Pak Pandir termenung. Berapa ya?

Pak Pandir: Emmm...Empat kot?


Kisah Ular

Anak ular: Ibu, kita ni beracun tak?
Ibu ular: Tak, kenapa tanya?
Anak ular: Saya baru saja tergigit lidah saya!

Teka! Apa akan jadi pada anak ular tu..hehehe

Wanita, Akal Setipis Rambutnya, Hati serapuh kaca





Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.


Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.

Beberapa Sebab Yang Dapat Melunakkan Hati



1. Takut akan datangnya kematian secara tiba-tiba sebelum taubat.

2. Takut tidak dapat menunaikan hak-hak Allah secara sempurna. Sesungguhnya hak-hak Allah itu pasti akan dimintai pertanggungjawabannya.

3. Takut tergelincir dari jalan yang lurus, dan berjalan di atas jalan kemaksiatan dan jalan syetan.

4. Takut memandang remeh atas banyaknya nikmat Allah kep
ada diri Anda.

5. Takut akan balasan siksa yang segera di dunia, karena maksiat yang Anda lakukkan.

6. Takut terbongkarnya aib, akibat perbuatan buruk yang Anda lakukan.

7. Takut mengakhiri hidup dengan su'ul khatimah.

8. Takut menghadapi sakaratul maut dan sakitnya sakaratul maut.

9. Takut menghadapi pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di alam kubur

10. Takut akan azab dan kedahsyatan di alam kubur.

11. Takut menghadapi pertanyaan hari kiamat atas dosa besar dan dosa kecil.

12. Takut melewati titian shirath yang tajam. Sesungguhnya titian shirath itu lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang.

13. Takut menghadapi siksa yang sangat pedih.

14. Takut dijauhkan dari jannah, tempat kenikmatan yang abadi.

15. Takut dijauhkan dari memandang wajah Allah.
16. Anda harus mengetahui dosa dan aib Anda.

17. Ma'rifah Anda kepada Allah yang Anda rasakan siang dan malam sedang Anda tidak bersyukur.

18. Takut tidak diterima amalan dan ucapan Anda.

19. Takut bahwa Allah tidak akan menolong dan membiarkan Anda sendiri.

20. Kekhawatiran Anda menjadi orang yang tersingkap aibnya pada hari kematian dan pada saat mizan ditegakkan.

21. Hendaknya anda menyerahkan urusan diri Anda, anak-anak Anda, keluarga, suami,dan harta Anda kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan janganlah bersandar dalammemperbaiki urusan ini kecuali hanya kepada Allah.

22. Sembunyikanlah amal-amal Anda dari sifat riya' ke dalam hati Anda, seringkali sifat riya' itu memasuki hati Anda sedang Anda tidak merasakannya. Hasan al-Bashri Rahimahullah pernah berkata,

''Berbicaralah wahai engkau diri, dengan ucapan orang shalih yang qona'ah lagi ibadah.Sedang engkau mengerjakan amalan orang fasik dan riya'.Demi Allah, ini bukan sifat orang yang mukhlish.

23. Jika Anda ingin sampai pada derajat ikhlas, maka hendaknya akhlakmu seperti akhlak seorang bayi yang tidak peduli orang yang memujinya dan mencacinya.

24. Hendaknya Anda memiliki sifat cemburu ketika larangan Allah dilecehkan.

25. Ketahuilah bahwa amal shalih namun dengan sedikit dosa lebih disukai Allah dari pada amal shalih yang banyak namun diiringi dengan dosa yang banyak pula.

26. Ingatlah setiap Anda sakit bahwa Anda telah istirahat dari dunia dan akan menuju akhirat dan akan menemui Allah dengan amalmu yang buruk.

27. Hendaknya ketakutan Anda kepada Allah menjadi jalanmu menuju Allah selama Anda sehat.

28. Setiap Anda mendengar kematian seseorang, maka perbanyaklah mengambil pelajaran dan nasihat.

Dan jika Anda menyaksikan jenazah, maka bayangkanlah bahwa Anda yang sedang dihasung.

29. Hati-hatilah menjadi orang yang mengatakan bahwa Allah menjamin rizki kita sedang hatinya tidak tentram kecuali dengan adanya sesuatu yang ia kumpulkan. Dan menyatakan bahwa sesungguhnya akhirat itu lebih baik dari dunia, sedang kita mengumpulkan harta dan tidak menginfakkannya sedikitpun, dan mengatakan bahwa kita pasti mati padahal dia tidak pernah ingat mati.

30. Lihatlah dunia dengan pandangan i'tibar (penuh mengambil pelajaran) bukan dengan pandangan mahabbah (rasa cinta) kepadanya dan sibuk dengan perhiasannya.

31. Ingatlah bahwa Anda sangat tidak kuat menghadapi cobaan dunia. Lantas apakah Anda sanggup menghadapi panasnya api neraka jahannam?

32. Diantara akhlak sesama mukminah adalah menasihati sesama mukminah.

33. Jika Anda melihat orang yang lebih besar dari Anda maka muliakanlah ia dan katakanlah, ''Anda telah mendahului saya dalam Islam dan amal shalih, maka dia jauh lebih baik di sisi Allah.''

Sedangkan jika melihat orang yang lebih muda usianya, maka katakanlah kepadanya, ''

Anda keluar ke dunia setelah saya, maka dia lebih sedikit dosanya dari saya dan dia lebih baik dari saya di sisi Allah.''

Diketik ulang dari: 500 Nashihah lil Mar'ah Muslimah, Fathi Majdi As-Sayyid. Edisi Indonesia: Nasehat kepada para Muslimah. Penerjemah: Muzaidi Hasbullah, Lc., dkk.

Friday, March 4, 2011

Makna Bacaan dalam solat..


Just share utk korang sume...


Allahu Akbar

Allah Maha Besar


Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan Ketika Rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

p/s:-Kadangkala, kita main baca jew...sedangkan makna setiap bacaan xtau...
kalo kita ingat/tau makna setiap bacaan ianya membuatkan kita lebih kyusuk dalam solat...

Renung2kan dan selamat beramal.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...